Monday, May 9, 2011

Sistem Pelinciran Kenderaan

Teori mengenai geseran

Geseran ialah rintangan terhadap gerakan yang ditemui apabila satu benda mengelansar diatas permukaan benda yang satu lagi. Haus ialah istilah yang digunakan bagi kekurangan atau kerosakan yang berlaku pada permuklaan benda akibat gelansar.

Sifat-sifat yang perlu ada pada minyak pelincir diantaranya ialah :-

1. Mempunyai kelikatan yang tinggi.
2. Mempunyai aliran yang mudah/rendah.
3. tahan dengan tekanan.
4. Mempunyai sifat sebagai pembersih.
5. Sesuai dengan suhu yang panas dansejuk.
6. Tidak mudah menjadi wap.
7. Menghalang kuat.



Kelikatan minyak pelincir

Kelikatan merupakan satu ciri yang penting bagi minyak pelincir. Kelikatan adalah dikaitkan sebagai kepekatan atau kecairan minyak pelincir. Dengan lain perkataan, kelikatan ialah kecenderungan atau keupayaan minyak pelincir melawan pengaliran. Kelikatan dibahagikan kepada dua bahagian :-

a) Badan (body)
b) Kebendaliran (Fluidity)

a) Badan

Ianya menjalankan tugas menghalang selaput minyak (oil film) daripada ditelusi semasa beban berat dihasilkan. Hasilnya, bila kuasa terjadi, maka beban menjadi tinggi dengan segera. Badan minyak menahan beban daripada menceraikan selaput minyak antara bearing dan crankpin. Ianya menjadi ‘kusyen’ serta menyerap hentakan itu. Ia juga menolong menjadi adang yang baik antara piston ring dan cylinder wall serta menetapkan selaput minyak berada antara permukaan bearing yang berbeban.

b) Kebendaliran

Kebendaliran ialah keupayaan minyak pelincir mengalir dan merebak pada sesuatu permukaan bearing. Kelikatan dipengaruhi oleh suhu. Apabila suhu bertambah, kelikatan akan bertambah iaitu kebendaliran bertambah dan badan berkurangan.
Nombor S.A.E dan kadar pengaliran.

SAE ialah singkatan dari “ The Society of Automotif Engineers”. Kelikatan minyak pelincir diukur dengan menggunakan ‘Saybolt Universal Viscometer’. Semasa ujian dijalankan, faktor suhu diambil kira kerana factor ini mempengaruhi kelikatan. SAE mengkadarkan kelikatan minyak dengan dua cara yang berbeza iaitu kegunaan dimusim sejuk (winter w) dan panas. Minyak yang digredkan untuk ‘winter’ iaitu S.A.E 5W, 10W, 20W dan musim panas S.A.E 30, 40, 50. Bagi setengah minyak digredkan untuk dua musim seperti S.A.E 20W/50. Nombor S.A.E menunjukkan kelikatan minyak pelincir, semakin besar nombor S.A.E, semakin tinggilah kelikatan minyak pelincir.

Sistem ini bertujuan untuk mengurangkan geseran dan kehausan pada setiap komponen yang bergerak di dalam enjin serta menghindarkan kepanasan yang mungkin terjadi akibat daripada pergeseran komponen-komponen tersebut. Bahan pelicin tersebut termasuklah minyak enjin, minyak gear, minyak pembeza dan minyak gris.

2. Enjin kereta mengandungi bahagian dan komponen yang minyak pelincir dapat mengalir melaluinya bagi mengurangkan pergeseran dan kehausan. Minyak pelincir enjin melicinkan semua jenis galas, aci engkol, aci oleng, omboh dan gelang omboh serta dinding silinder.

3. Dengan adanya bahan pelincir ini yang memainkan peranan sebagai pemisah antara dua permukaan komponen yang bergerak maka geseran dan kehausan dapat dikurangkan. Dengan ini minyak enjin seharusnya memainkan pelbagai peranan seperti yang berikut:

a. Mengurangkan pergeseran.
b. Menyerap lantunan enjin semasa kitaran kuasa.
c. Menjadi penebat antara gelang omboh dan dinding silinder.
d. Menyejuk dan membersihkan bahagian dalaman enjin.

4. Memandangkan sistem ini sentiasa berfungsi selagi enjin beroperasi, pelbagai jenis kerosakan pada komponen-komponen tidak dapat dielakkan. Antara kerosakan yang sering berlaku berkaitan dengan sistem ini, termasuklah:

a. Penggunaan minyak pelincir yang berlebihan.
b. Lampu amaran minyak pelincir tidak padam setelah enjin dihidupkan.
c. Tekanan minyak pelincir terlalu rendah.
d. Tekanan minyak pelincir terlalu tinggi.
e. Titisan minyak di bahagian bawah kereta.

FUNGSI :-

  1. Membekalkan minyak pelincir kepada semua bahagian yang bergerak dalam enjin.
  2. Bertujuan untuk mengurangkan geseran dan kehausan pada setiap komponen atau bahagian tersebut.
  3. Menghindarkan kepanasan akibat daripada pergeseran komponen-komponen yang bergerak dalam enjin.
  4. Minyak enjin (pelincir) memberi satu lapisan nipis untuk memisahkan bahagian-bahagian yang bergerak dalam enjin.





KOMPONEN-KOMPONEN YANG BERGERAK DALAM ENJIN



  1. Omboh (piston)
  2. Aci engkol (crankshaft)
  3. Aci sesondol
  4. Rod penyambung (connection rod)
JENIS SISTEM PELINCIRAN

  • Sistem Simbahan - digunakan dalam enjin kereta lama dan enjin empat lejang bagi mesin-mesin kecil seperti mesin rumput.
  • Jenis Suap Bertekan - sistem pelinciran yang bertekanan atau suapan bertekanan (digerakkan oleh pam)
 KOMPONEN DALAM SISTEM PELINCIRAN



  • Takung Minyak pelincir - ruang untuk menempatkan minyak pelincir.
  • Pam Minyak Pelincir - mengepam minyak pelincir dari takung minyak pelincir untuk disalurkan ke komponen-komponen enjin.
  • Penapis Minyak Pelincir - menapis kotoran terutamanya zarah-zarah logam.
  • Salur Minyak Pelincir - menyalurkan minyak pelincir ke semua komponen-komponen enjin yang bergerak.
EDARAN MINYAK PELINCIR


  1. Pam akan mengepam minyak pelincir yang berada dalam takung minyak.
  2. Minyak pelincir ditapis melalui penapis minyak.
  3. Minyak pelincir dihantar ke aci engkol.
  4. Pelincir akan melalui lubang yang terdapat pada aci engkol untuk sampai ke rod penghubung serta pada permukaan omboh dan dinding silinder.
  5. Pada masa yang sama, minyak itu akan melalui alur minyak ke bahagian kepala silinder dan seterusnya melalui alur dan dibawa kepada aci sesondol dan injap-injap yang bergerak.
  6. Minyak akan mengalir ke semua takungan.
CIRI-CIRI MINYAK PELINCIR

  1. Kelikatan - ukuran rintangan terhadap pengaliran cecair iaitu minyak pelincir. Kadar kelikatan mestilah sesuai dengan jenis enjin. Jika kelikatan terlalu rendah, minyak mudah mengalir dan tidak akan lekat pada komponen enjin. Sekiranya terlalu tinggi, pengalirannya akan menjadi terlalu perlahan.
  2. Nombor kelikatan (pelincir berkelikatan tunggal) - mewakili gred kelikatan sesuatu minyak pelincir. Contohnya :- SAE 20, SAE 30, SAE 40, SAE 50. Gred nombor yang lebih besar menunjukkan tahap kelikatan minyak pelincir yang lebih tinggi. (SAE = Society of Automotive Engineering)
  3. Pelincir berkelikatan berbilang (multigrade) - Minyak pelincir multigrade adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya :- SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50. Konsonan W bermaksud 'Winter' atau 'Wet' iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk.
JENIS MINYAK PELINCIR
1. Fully Sintetic  
  • jenis minyak paling nipis
  • tahan sehingga 10,000 km
  • antara kadar kelikatan yang popular digunakan ialah 0W/30, 5W/40, 5W/50, atau 10W/40
  • lebih sesuai untuk kegunaan enjin-enjin moden kerana kadar kelikatannya rendah.
2. Semy Sintetic
  • tahan sehingga 7000 km
  • menggunakan kod dari 10W hingga 15W (contoh : 15W-30)
3. Jenis Mineralpaling murah
  • tahan sehingga 5000 km



PINJAM SAT NA HAMPA PUNYA NIH..SAVE NAK WAT ASSSGMNT JA NIH....SOIE YA...
HEHE2..~

No comments:

Post a Comment

Adik2 aKu yg Aku Cyg

Adik2 aKu yg Aku Cyg